Jawapan Buku Teks Matematik Tambahan KSSM Tingkatan 5

 

BAB 1 Sukatan Membulat

Dalam sukatan membulat, sistem yang biasa digunakan untuk mengukur sudut adalah dalam sebutan darjah. Walau bagaimanapun, dalam beberapa cabang matematik, ukuran untuk suatu sukatan membulat tidak sesuai dilakukan dalam darjah. Oleh itu, satu unit baharu yang dikenali sebagai radian diperkenalkan untuk menunjukkan saiz suatu sudut.

1.1 Radian
1.2 Panjang Lengkok Suatu Bulatan
1.3 Luas Sektor Suatu Bulatan
1.4 Aplikasi Sukatan Membulat

JAWAPAN LENGKAP BAB 1  BUKU TEKS MATEMATIK TAMBAHAN KSSM TINGKATAN 5 Klik

 

BAB 2 Pembezaan

Had merupakan konsep asas dalam operasi pembezaan seperti halaju, v suatu objek pada masa t yang disebut sebagai halaju seketika. Misalnya, semasa pemanduan, bacaan pada meter laju kenderaan anda menunjukkan halaju 80 kmj–1. Apakah yang dimaksudkan dengan bacaan halaju 80 kmj–1 pada meter laju itu? Bagaimanakah nilai 80 kmj–1 ini diperoleh? Dengan kaedah had, kita boleh menentukan nilai tersebut melalui nilai penghampiran.

2.1 Had dan Hubungannya dengan Pembezaan
2.2 Pembezaan Peringkat Pertama
2.3 Pembezaan Peringkat Kedua
2.4 Aplikasi Pembezaan

JAWAPAN LENGKAP BAB 2  BUKU TEKS MATEMATIK TAMBAHAN KSSM TINGKATAN 5

 

BAB 3 Pengamiran

Pengamiran ialah suatu proses yang hampir sama dengan pembezaan tetapi proses ini diwakilkan dengan tatatanda ∫ … dx.
Apakah hubungan antara pembezaan dengan pengamiran?

3.1 Pengamiran sebagai Songsangan Pembezaan
3.2 Kamiran Tak Tentu
3.3 Kamiran Tentu
3.4 Aplikasi Pengamiran

JAWAPAN LENGKAP BAB 3  BUKU TEKS MATEMATIK TAMBAHAN KSSM TINGKATAN 5

BAB 4 Pilih Atur dan Gabungan

Petua pendaraban menyatakan bahawa jika suatu peristiwa boleh berlaku dalam m cara dan suatu peristiwa kedua boleh berlaku dalam n cara, maka kedua-dua peristiwa boleh berlaku dalam m × n cara.

4.1 Pilih Atur
4.2 Gabungan

JAWAPAN LENGKAP BAB 4  BUKU TEKS MATEMATIK TAMBAHAN KSSM TINGKATAN 5

BAB 5 Taburan Kebarangkalian

Pemboleh ubah rawak ialah suatu pemboleh ubah dengan nilai berangka yang ditentukan daripada suatu fenomena rawak.

Pemboleh ubah rawak boleh diwakilkan dengan X dan nilai-nilai pemboleh ubah rawak tersebut boleh diwakilkan dengan r. Daripada situasi di atas, pemboleh ubah rawak X bagi bilangan kali menang boleh ditulis dalam tatatanda set, iaitu X = {0, 1, 2}.

5.1 Pemboleh Ubah Rawak
5.2 Taburan Binomial
5.3 Taburan Normal

JAWAPAN LENGKAP BAB 5  BUKU TEKS MATEMATIK TAMBAHAN KSSM TINGKATAN 5

BAB 6 Fungsi Trigonometri

Jika q ialah suatu sudut dalam sukuan dengan keadaan q . 360°, maka kedudukan q boleh ditentukan dengan menolak gandaan 360° atau 2π rad untuk memperoleh sudut sepadan dalam 0° < q < 360° atau 0 < q < 2π rad.

6.1 Sudut Positif dan Sudut Negatif
6.2 Nisbah Trigonometri bagi Sebarang Sudut
6.3 Graf Fungsi Sinus, Kosinus dan Tangen
6.4 Identiti Asas
6.5 Rumus Sudut Majmuk dan Rumus Sudut Berganda
6.6 Aplikasi Fungsi Trigonometri

JAWAPAN LENGKAP BAB 6  BUKU TEKS MATEMATIK TAMBAHAN KSSM TINGKATAN 5

BAB 7 Pengaturcaraan Linear

Secara umumnya, masalah pengaturcaraan linear berkaitan dengan pengagihan sumber-sumber yang terhad seperti wang, tenaga manusia, bahan mentah dan sebagainya dengan cara yang terbaik supaya kos dapat diminimumkan atau keuntungan dapat dimaksimumkan.

7.1 Model Pengaturcaraan Linear
7.2 Aplikasi Pengaturcaraan Linear

JAWAPAN LENGKAP BAB 7  BUKU TEKS MATEMATIK TAMBAHAN KSSM TINGKATAN 5

BAB 8 Kinematik Gerakan Linear

Jika O diambil sebagai titik rujukan dan guru tersebut berdiri 3 meter di sebelah kanan O, sesarannya ialah positif 3 meter dari O, iaitu s = 3 m. Apabila guru tersebut berada 1 meter di sebelah kiri O, sesarannya ialah negatif 1 meter dari O, iaitu s = –1 m. Apabila beliau berada di O, sesarannya ialah sifar meter, iaitu s = 0.

Sesaran, s suatu zarah dari satu titik tetap ialah jarak di antara zarah itu dan titik tetap tersebut yang diukur dalam arah tertentu.

Sesaran ialah kuantiti vektor yang mempunyai magnitud dan arah. Oleh itu, nilai bagi sesaran boleh menjadi positif, sifar atau negatif. Jarak pula ialah suatu kuantiti skalar yang merujuk kepada jumlah panjang bagi laluan sebenar yang dilalui oleh suatu objek.
Ikuti penerokaan yang berikut untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai sesaran
seketika dan kedudukan suatu zarah dalam gerakannya.

8.1 Sesaran, Halaju dan Pecutan sebagai Fungsi Masa
8.2 Pembezaan dalam Kinematik Gerakan Linear
8.3 Pengamiran dalam Kinematik Gerakan Linear
8.4 Aplikasi Kinematik Gerakan Linear

JAWAPAN LENGKAP BAB 8  BUKU TEKS MATEMATIK TAMBAHAN KSSM TINGKATAN 5

 

 BELI BUKU RUJUKAN – Klik Sini

 

Leave a Reply

Shopping cart

0
image/svg+xml

No products in the cart.

Continue Shopping